PROGRAM PENGUMPULAN BARANGAN KITAR SEMULA
Bersempena sambutan Hari Bumi 2026, Program Pengumpulan Barangan Kitar Semula telah berjaya dilaksanakan pada 13 Mei 2026 di Pusat Kitar Semula Kolej Komuniti Temerloh. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga kolej serta komuniti setempat, dengan kerjasama dan sokongan padu daripada SWCorp Temerloh. Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan…


