PROGRAM KEMAS LEMARI: GARAGE SALE & FREE MARKET

Program Kemas Lemari: Garage Sale & Free Market anjuran Unit SmartGreen Kolej Komuniti Temerloh telah berjaya dilaksanakan pada 12 Februari 2026 dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada warga kolej dan komuniti setempat.

Program ini bukan sahaja menggalakkan amalan kitar semula melalui jualan preloved dan agihan pakaian terpakai, malah berjaya memupuk kesedaran terhadap gaya hidup lestari serta semangat perkongsian dalam komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Bersama kita membudayakan kelestarian demi masa depan yang lebih hijau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *